Search This Blog

Wednesday 16 May 2012

Tip Bisnes Makanan | Penyediaan Makanan

Ayam Masak Merah adalah pilihan popular pelanggan Rezq Insyirah Caterer.
Tempahan : 019-356 8486

   Ramai peniaga makanan biasanya akan membuat persiapan dan menyediakan tempahan lebih awal. Adakalanya mereka akan mula memasak seawal 3.00 pagi bagi menyediakan menu makan tengahari yang banyak. Apabila sampai ke tempat klien, makanan itu sudah mula berbuih atau basi. Perkara ini akan merugikan pendapatan dan juga nama syarikat. 

Oleh itu, salah satu cara memastikan makanan tahan lebih lama, JANGAN LETAKKAN PERIUK LAUK DI ATAS PERMUKAAN SIMEN. Masakan itu akan berbuih dalam masa tidak kurang 2 jam. Setiap makanan yang panas terutamanya yang berkuah mesti dilapik dahulu dengan kertas kotak tebal, kayu , atau kain supaya dasar periuk yang panas tidak bersentuh dengan permukaan simen yang sejuk. Hal ini boleh menyebabkan pengolahan haba yang boleh menyebabkan makanan tersebut cepat basi.

No comments:

Post a Comment