![]() |
Jenis-jenis cili kering. |
Mari kami kongsikan jenis cili api mengikut bentuk dan rupanya. Cili kering yang berwarna merah dan berstruktur berkilat memang cantik dipandangan. Tetapi jenis cili kering ini sangat pedas daripada cili kering yang lain. Pada mereka yang sukakan pedas sesuai menggunakan cili kering ini dalam masakan. (Rujuk Gambar A)
Bagi para peniaga dan mereka yang gemar sambal yang kurang pedas, pilih cili kering yang berwarna merah gelap dan berkedut. Cili kering jenis ini lebih sesuai dengan selera pelanggan kerana tidak terlalu pedas. Kami juga lebih gemar menggunakan cili kering jenis ini dalam masakan. Lebih menepati citarasa semua. (Rujuk Gambar B)
Manakala bagi mereka yang suka makanan yang bersambal tetapi tidak tahan pedas, cili kering gemuk sesuai untuk anda. Cili kering ini saiznya luar biasa daripada biasa dan jarang didapati di pasaraya. NSK adalah rujukan salah satu pasaraya yang menjual cili kering jenis gemuk ini. (Rujuk Gambar C)
No comments:
Post a Comment