Search This Blog

Wednesday 23 May 2012

Tip Bisnes Makanan | Cara Memilih Cili Kering

Jenis-jenis cili kering.


Bagi peniaga makanan, suri rumah atau suri dapur yang sering ke pasar, pasti anda melihat pelbagai jenis cili kering dengan rupa bentuk dan harga yang berbeza. Ada yang merah berkilat, merah gelap dan berkedut atau bersaiz besar dari biasa. Yang manakah menjadi pilihan anda?

Mari kami kongsikan jenis cili api mengikut bentuk dan rupanya. Cili kering yang berwarna merah dan berstruktur berkilat memang cantik dipandangan. Tetapi jenis cili kering ini sangat pedas daripada cili kering yang lain. Pada mereka yang sukakan pedas sesuai menggunakan cili kering ini dalam masakan. (Rujuk Gambar A)

Bagi para peniaga dan mereka yang gemar sambal yang kurang pedas, pilih cili kering yang berwarna merah gelap dan berkedut. Cili kering jenis ini lebih sesuai dengan selera pelanggan kerana tidak terlalu pedas. Kami juga lebih gemar menggunakan cili kering jenis ini dalam masakan. Lebih menepati citarasa semua. (Rujuk Gambar B)

Manakala bagi mereka yang suka makanan yang bersambal tetapi tidak tahan pedas, cili kering gemuk sesuai untuk anda. Cili kering ini saiznya luar biasa daripada biasa dan jarang didapati di pasaraya. NSK adalah rujukan salah satu pasaraya yang menjual cili kering jenis gemuk ini. (Rujuk Gambar C)

Wednesday 16 May 2012

Resipi | Nasi Tomato | 4-5 Orang Makan

Bahan bahan :

3 pot beras (sudah dibersihkan)
3 cm halia (dikisar halus)
2 biji bawang besar (dikisar halus)
2 cm kulit kayu manis
1/4 tin susu cair
1/2 tin tomato puri (kecil)
1 helai daun pandan
Air dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya

Cara membuat :

Tumis kulit kayu manis bersama bahan yang dikisar sehingga naik bau.
Masukkan tomato puri, susu cair dan air secukupnya. Jangan lupa tambahkan perasa secukupnya.
Kacau dan tunggu sehingga mendidih.
Kemudian masukkan beras yang telah dicuci tadi. Masukkan daun pandan dan kacau rata.
Tutup dan biar seketika sehingga masak. Sekali sekala buka tudung dan kacau rata supaya nasi tidak mentah.

Selamat mencuba!

(p/s: sukatan bahan boleh berubah mengikut citarasa masing-masing)

Nasi Tomato Insyirah - RM4.50 per/pax
Untuk tempahan : 019-365 8486

Idea Spontan



Memecah kebuntuan mencari acuan roti jala yang tidak dijumpai, akhirnya tin minuman menjadi idea. Bagi tidak menghampakan perasaan, saya memotong dan melubangkan bahagian bawah tin seperti acuan roti jala . Alhamdulillah, tersedia juga juadah minum petang hari ini. (^_^')

Tip Bisnes Makanan | Penyediaan Makanan

Ayam Masak Merah adalah pilihan popular pelanggan Rezq Insyirah Caterer.
Tempahan : 019-356 8486

   Ramai peniaga makanan biasanya akan membuat persiapan dan menyediakan tempahan lebih awal. Adakalanya mereka akan mula memasak seawal 3.00 pagi bagi menyediakan menu makan tengahari yang banyak. Apabila sampai ke tempat klien, makanan itu sudah mula berbuih atau basi. Perkara ini akan merugikan pendapatan dan juga nama syarikat. 

Oleh itu, salah satu cara memastikan makanan tahan lebih lama, JANGAN LETAKKAN PERIUK LAUK DI ATAS PERMUKAAN SIMEN. Masakan itu akan berbuih dalam masa tidak kurang 2 jam. Setiap makanan yang panas terutamanya yang berkuah mesti dilapik dahulu dengan kertas kotak tebal, kayu , atau kain supaya dasar periuk yang panas tidak bersentuh dengan permukaan simen yang sejuk. Hal ini boleh menyebabkan pengolahan haba yang boleh menyebabkan makanan tersebut cepat basi.

Tip Bisnes Makanan |Packaging


Sesetengah peniaga gemar menggunakan polisterin sebagai pembungkus makanan kerana lebih mudah dan menjimatkan. Sebaliknya penggunaan bekas plastik lebih selamat berbanding bekas polisterin. Walaupun kosnya tinggi sedikit daripada bekas polisterin, namun pembukusannya lebih menarik dan selamat. Makanan tidak mudah tumpah, packagingnya cantik dan kemas, makanan boleh dipanaskan semula di dalam ketuhar mikro, dan bekasnya boleh dikitar semula.



Rezq Insyirah Caterer kini menggunakan bekas plastik  bagi tempahan berbungkus.
Tempahan : 019-365 8486


Tuesday 15 May 2012

Selamat Datang ke Rezq Insyirah Caterer

Pakej Perkahwinan Serendah RM8.90 per/pax 

Rezq Insyirah Caterers menyediakan pelbagai khidmat penyediaan makanan murah dan berpatutan seperti :

- Majlis Perkahwinan
- BBQ dan Birthday Party
- Kambing Panggang
- Kenduri Kesyukuran dan Tahlil
- Khemah
- Majlis Resepsi
- Conference Meeting & Seminar
- Anual Dinner & Family Day
- Tempahan Berbungkus
- Others Function

Tempahan dan Pertanyaan:

Farah : 019-365 8486
Nadia : 013-2488003
Najwa : 013-3140852


'PILIHAN ANDA KEUTAMAAN KAMI'